Aufsatz(elektronisch)30. November 2024

Kitaran Kemiskinan dan Gengsterisme dalam Masyarakat India: Kajian di Kawasan Lembah Klang

In: e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities, Band 20, Heft 4

Verfügbarkeit an Ihrem Standort wird überprüft

Abstract

Gengsterisme dalam kalangan orang India amat membimbangkan kerana banyak terlibat dalam pelbagai jenayah seperti rompakan bersenjata, samun secara berkumpulan, pembunuhan, pengedaran dadah, ugutan, perculikan dan lain-lain.Walaupun, banyak kajian telah dijalankan mengenai isu gengsterisme, tetapi sangat sedikit kajian yang benar-benar meneroka isu ini di Malaysia. Kekurangan ini disebabkan ahli kumpulan gengster itu sendiri yang tidak mahu tampil untuk berkongsi pengalaman mereka atas faktor keselamatan. Oleh yang demikian, artikel ini bertujuan untuk menghuraikan penglibatan orang India dalam kegiatan gengsterisme dalam konteks kitaran kemiskinan di Lembah Klang. Kajian ini telah menggunakan kaedah kualitatif dan jenis kajian naratif bagi meneroka pengalaman yang dilalui oleh ahli dalam kumpulan gengster. Kaedah temu bual mendalam telah dijalankan ke atas dua orang ahli yang dipilih berasaskan pensampelan bertujuan, yang mana mereka mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kumpulan gengster. Hasil kajian mendapati penglibatan orang India dalam kumpulan gengster adalah disebabkan oleh terbelenggu dalam kitaran kemiskinan. Orang India yang berpendapatan rendah, tidak mendapat pendidikan tinggi, hidup di kejiranan miskin dan pengaruh keluarga lebih cenderung terlibat dalam kumpulan gengster untuk mencapai kemewahan. Justeru itu, masalah penglibatan orang India dalam kegiatan gengsterisme perlu dikawal bagi mengelak stigma masyarakat dengan pelbagai mekanisme yang bersesuaian supaya kaum ini tidak dilabel dan dikaitkan dengan gengterisme. Oleh itu, implikasi kajian ini dapat dijadikan panduan kepada pelbagai pihak khususnya Polis Diraja Malaysia dalam merangka dan menggubal dasar yang bersesuaian bagi menangani gejala gengsterisme ini.

Verlag

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

ISSN: 1823-884X

DOI

10.17576/ebangi.2024.2104.50

Problem melden

Wenn Sie Probleme mit dem Zugriff auf einen gefundenen Titel haben, können Sie sich über dieses Formular gern an uns wenden. Schreiben Sie uns hierüber auch gern, wenn Ihnen Fehler in der Titelanzeige aufgefallen sind.