Aufsatz(elektronisch)27. Februar 2023

PEMBANGUNAN INDUSTI HALAL: KAJIAN PERBANDINGAN PROSEDUR DAN PROSES PENSIJILAN HALAL DAN PENGAUDITAN SERTA CABARAN DIHADAPI OLEH MALAYSIA DAN THAILAND

In: e-BANGI: Journal of Social Sciences and Humanities, Band 20, Heft 1

Verfügbarkeit an Ihrem Standort wird überprüft

Abstract

Industri dan pasaran produk halal di peringkat global semakin menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan selari dengan peningkatan jumlah umat Islam di dunia. Ini menyebabkan peningkatan permintaan terhadap produk seperti makanan, kosmetik, perubatan dan bahan gunaan halal. Berdasarkan kepada potensi ini, Malaysia dan Thailand telah mula mengorak langkah untuk menjadi negara hab halal dunia. Oleh itu, sudah pasti kedua-dua buah negara ini akan memastikan pensijilan halal mengikut konsep halalan thoyyiban yang bersifat komprehensif dan universal. Artikel ini bertujuan untuk membandingkan aspek prosedur dan proses protokol pensijilan halal dan pengauditan serta cabaran yang dihadapi dalam usaha membangunkan industri halal di kedua-dua buah negara. Metod yang digunakan adalah menggunakan reka bentuk kualitatif yang merangkumi temubual bersemuka bersama pihak-pihak terlibat dan analisis dokumen daripada sumber jurnal, website dan internet. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa, walaupun mempunyai latar belakang agama, kependudukan dan sosio-ekonomi yang berbeza, kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Thailand masih berpegang kepada konsep halalan thoyyiban yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Dari segi proses dan prosedur, Malaysia menguruskan pensijilan halal mengikut skim yang berbeza manakala di Thailand hanya mengguna pakai satu proses untuk semua produk. Selain itu, di Malaysia, permohonan boleh dilakukan secara online, manakala Thailand masih menggunakan sistem manual. Dari segi cabaran yang dihadapi pula, kedua-dua negara menghadapi isu yang hampir sama iaitu i) tiada akta halal yang jelas, ii) aktiviti penyeludupan yang masih berleluasa, iii) ketidakmampuan pemasaran efisien, iv) kurangnya pemahaman orang awam dan, v) sikap degil peniaga dan pengusaha mematuhi prosedur.

Verlag

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

ISSN: 1823-884X

DOI

10.17576/ebangi.2023.2001.17

Problem melden

Wenn Sie Probleme mit dem Zugriff auf einen gefundenen Titel haben, können Sie sich über dieses Formular gern an uns wenden. Schreiben Sie uns hierüber auch gern, wenn Ihnen Fehler in der Titelanzeige aufgefallen sind.