Open Access BASE2019

Model Institusi Pendidikan Melalui Sinergi Dana Wakaf dan Zakat di Malaysia: Model of Educational Institution Through The Synergy of Waqaf and Zakat Funds in Malaysia

Abstract

Education is a main asset in the growing and development of a country. Various financial resources from the government and private agencies are provided to ensure that all Malaysians have the opportunity to obtain education and further their studies. Waqaf and zakat are one of the most important contributors in education. There have been many efforts undertaken by waqaf and zakat institutions in the development of education sector such as helping the B40 and underprivileged gorup. Therefore, this study will discuss the role of waqaf and zakat for educational institutions in the context of Malaysia. The study also will discuss the proposed educational institution model through the synergy of waqaf and zakat funds. This qualitative study uses the method of documentation. The findings suggest that the proposed establishment of a fully-funded educational institution using waqaf and zakat funds should be established for the sustainability of waqaf and zakat institutions as well as the ummah. The synergies between waqaf and zakat funds are believed to strenthen the management and development of the education sector in Malaysia including for those in need. It is hopeful that this study can be used as a guideline and reference to the authorities especially the State Islamic Religious Council, Centre for Waqaf, Waqaf Foundation, as well as NGOs which involved either directly or indirectly in the management of waqaf and zakat throughout Malaysia. ABSTRAK Pendidikan merupakan aset utama dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai sumber kewangan daripada pihak kerajaan dan swasta disediakan bagi memastikan semua rakyat Malaysia berpeluang mendapatkan pendidikan dan melanjutkan pelajaran. Wakaf dan zakat merupakan salah satu penyumbang terpenting dalam bidang pendidikan. Terdapat banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh institusi wakaf dan zakat dalam pembangunan sektor Pendidikan termasuk membantu golongan B40 dan kurang bernasib baik. Justeru, kajian ini akan membincangkan peranan wakaf dan zakat bagi institusi pendidikan dalam konteks Malaysia. Kajian ini juga akan membincangkan cadangan model institusi pendidikan melalui sinergi dana wakaf dan zakat. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati bahawa cadangan penubuhan institusi pendidikan yang dibiayai sepenuhnya menggunakan dana wakaf dan zakat wajar ditubuhkan bagi kelestarian institusi wakaf dan zakat serta ummah. Sinergi antara dana wakaf dan zakat diyakini dapat memperkasakan pengurusan dan pembangunan sektor pendidikan di Malaysia termasuk golongan yang memerlukan. Diharapkan kajian ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak berwajib khususnya Majlis Agama Islam Negeri, Pusat Wakaf, Yayasan Wakaf, NGO-NGO yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan wakaf dan zakat di seluruh Malaysia.

Problem melden

Wenn Sie Probleme mit dem Zugriff auf einen gefundenen Titel haben, können Sie sich über dieses Formular gern an uns wenden. Schreiben Sie uns hierüber auch gern, wenn Ihnen Fehler in der Titelanzeige aufgefallen sind.